TERKINI
Consultation with NADA Hotline Center available 24/7 — Call 1-800-22-2239
|
AADK launches new Mobile Recovery Treatment (MRT) units in rural Sabah & Sarawak
|
New Anti-Bribery Management System (ABMS) — MS ISO 37001:2016 now available
|
Consultation with NADA

SELAMI JIWA KAMI | Edisi 30 November 2021

Muhammad Shuib Mahadi (Shuib) merupakan bekas klien pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Cheras pada tahun 2018 hingga 2020.

Dia mula terjebak dalam penyalahgunaan dadah seperti syabu, Eramin 5 dan ganja pada usia 16 tahun kerana pengaruh rakan sebaya.

Menurut Shuib bahana dadah telah menyebabkan dirinya hilang kawalan, panas baran, beremosi dan berfikiran negatif.

Selepas ditahan pihak berkuasa pada tahun 2014 semasa melakukan samun dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan dihantar ke Penjara Sungai Buloh selama lima tahun.

Usai bebas dari penjara Shuib diperintahkan pula menjalani pengawasan balai polis dan AADK selama dua tahun.

Ikuti luahan Shuib bersama AADK Cheras yang memberi persetujuan secara bertulis untuk tidak menggaburkan dirinya menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar